• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,800 Warga TNB Berkorban Cuti Raya Demi Anda!

oleh Ahmad Albab
24/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suku daripada seluruh warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan seramai 8,800 orang diarahkan untuk bekerja sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidifitri tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Distribution Network, Bahagian Pembahagian, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, mereka terdiri daripada kakitangan dan petugas-petugas kontraktor TNB.

“Mereka akan bertugas sepanjang perayaan Aidifitri bagi memastikan kelancaran bekalan elektrik demi keselesaan pengguna menyambut Syawal.

“Mereka akan bertugas secara tunggu sedia 24 jam bermula Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ni.

Wan Nazmy berkata, TNB membuat persiapan awal bagi meminimumkan sebarang kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik sepanjang musim perayaan ini.

Menurut beliau, persiapan itu termasuk membuat pemeriksaan di semua stesen janakuasa dan pencawang.

Selain itu, katanya, penambahbaikan kepada sistem pencawang bagi menampung jangkaan beban yang meningkat di sesetengah kawasan turut dilaksanakan.

“Lebih 60 set janakuasa bergerak (mobile genset), dengan kapasiti antara 125 KVA hingga 1,250 KVA juga berada dalam siap sedia untuk digunakan sebagai punca bekalan alternatif, bergantung kepada keperluan.

“Bagi tujuan itu, kami telah menyerahkan permohonan menggunakan kenderaan berat kepada JPJ negeri bagi membolehkan kenderaan TNB menggunakan lebuhraya ketika tempoh larangan sepanjang musim perayaan nanti,” katanya.

Wan Nazmy turut menasihatkan orang ramai menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan jika berlaku gangguan bekalan elektrik sewaktu sambutan Aidilifitri.

“Untuk warga kerja yang dijadualkan bertugas pada 1 Syawal, TNB membekalkan mereka dengan juadah raya yang disediakan oleh Persatuan Wanita Tenaga Nasional Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cuti rayaTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd