• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Penumpang Cemas, Bas Langgar Bas

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 41 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di KM81.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara Ayer Hitam-Yong Peng, petang Khamis.

Kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari ketika sebuah bas ekspres bernombor AHT 9878 yang membawa 25 penumpang dan dua pemandu melanggar bahagian belakang sebuah lagi bas ekspres iaitu JKX 8299.

Bas dilanggar itu dinaiki 16 penumpang dan dua pemandu, menurut kenyataan polis di sini.

Akibat pelanggaran tersebut, empat individu dari bas AHT 9878 cedera manakala selebihnya terselamat. Kesemua penumpang dan dua pemandu dalam sebuah lagi bas pula tidak cedera.

“Kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu bas AHT 9878 yang melanggar bas hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: baskemalangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Perlu Masa 8 Jam Ambil Dokumen CEO FGV

Next Post

Insiden Lahad Datu: 9 Warga Filipina Dihukum Mati

Related Posts

Warga Emas Lemas Selepas Motosikal Jatuh Dalam Parit

Warga Emas Lemas Selepas Motosikal Jatuh Dalam Parit

26/07/2025
0

Seremban: Lelaki warga emas maut dipercayai akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Ladang Linggi Sv Guthrie,...

Ketua Polis Negeri Sembilan Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negeri Sembilan Bantu Mangsa Kemalangan

19/07/2025
0

Seremban: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof membantu mangsa kemalangan di Kilometer 259.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...

Next Post

Insiden Lahad Datu: 9 Warga Filipina Dihukum Mati

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd