• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penjenayah Ditembak Mati Di Sentul Dan Segambut

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah dipercayai terbabit dalam kegiatan samun di tapak pembinaan ditembak mati oleh sepasukan anggota polis dalam kejadian berbalas tembakan di dua lokasi berasingan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang sedang melakukan rondaan di kawasan pembinaan di Bandar Baru Sentul terserempak dengan dua kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak memecut kenderaan mereka sebelum berpecah dua untuk melarikan diri.

“Pasukan D9 juga berpecah dua untuk mengejar suspek.

“Salah sebuah kereta suspek berjaya dipintas di hadapan sebuah masjid di Sentul, bagaimanapun suspek bertindak melanggar kereta polis sambil melepaskan tembakan untuk melarikan diri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mazlan berkata sebuah lagi kereta suspek telah melarikan diri ke arah berlainan dan berjaya dipintas di Jalan Segambut.

“Suspek kedua turut melanggar kereta dan menembak polis. Susulan itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri dan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek, lelaki tempatan berusia 46 dan 26 tahun yang berasal dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah.

“Kita juga memeriksa kereta suspek dan menemui dua pucuk pistol, beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru, tiga bilah parang serta satu unit pemotong kabel. Kereta itu juga dipenuhi dengan gelungan wayar kabel tembaga yang dipercayai merupakan barangan samun.

“Kita percaya ada lagi individu yang terlibat bersama-sama kedua-dua suspek ini, dan kita akan mengesan mereka,” katanya.

Beliau berkata mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd