• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Yakin BN Rampas Kerusi DUN Pujut

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak daripada pembangkang sekiranya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi berkenaan.

Beliau berkata sekiranya BN berjaya merampas kerusi berkenaan kelak, ia akan menambah bilangan kerusi DUN BN Sarawak kepada 73 berbanding 72 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya negeri lalu.

“Insya-Allah di (DUN) Pujut akan berlaku pilihan raya kecil. Insya-Allah kita (BN) akan dapat 73 kerusi daripada 83 kerusi (DUN Sarawak),” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang, dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih,

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.

Menurut Ahmad Zahid, kejayaan BN untuk menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu adalah hasil komitmen kepimpinan BN negeri dan pusat, termasuk beliau yang turun ke Sarawak sekali dalam dua minggu untuk membantu rakyat Sarawak.

Justeru itu, timbalan perdana menteri berkata, pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil Sabah juga boleh mencapai keputusan lebih baik berbanding keputusan pilihan raya umum lalu berdasarkan komitmen yang ditunjukkan kerajaan persekutuan terhadap Sabah serta sokongan padu rakyat negeri itu.

“Kita akan pastikan sesiapa sahaja individu atau parti yang cuba menongkah arus UMNO dan Barisan Nasional, kita akan kecundangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Hanya mereka (pemimpin) yang ada daya tahan, daya saing dan daya juang sahaja yang akan berjaya,” kata Ahmad Zahid. – BERNAMA

Tags: Adun PujutZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd