• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sahkan 2 Lelaki Malaysia Maut Di Marawi

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan dua lelaki Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan keselamatan Filipina dan kumpulan militan di Marawi, Mindanao pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pada masa ini, pihaknya sedang meneliti pengenalan diri kedua-dua lelaki itu sebelum Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan terperinci.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kita sedang meneliti butiran penuh walaupun kita telah kenal pasti identiti dan dari mana mereka berasal.

“Maklumat risikan itu, Bukit Aman yang akan keluarkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Masjid Salmah Khamis di Kampung Durian Daun di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengenai dua rakyat Malaysia dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran itu.

Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan IS atau Daesh.

Ahmad Zahid berkata Malaysia berterima kasih dengan pihak berkuasa Filipina atas kerjasama dan perkongsian maklumat berkaitan isu keselamatan Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa Malaysia turut memantau aspek keselamatan negara melalui Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi yang dikendalikan Unit Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman.

“Bukan sahaja daripada Filipina, tetapi apa sahaja yang berlaku di Indonesia, kita juga berkongsi maklumat itu dan tindakan dilakukan berdasarkan maklumat berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan PDRM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSComm) dan Polis Sabah supaya sentiasa bersiap siaga dan memperketat kawalan keselamatan di perairan negara untuk memastikan keselamatan rakyat.

Langkah itu juga bagi memastikan negara tidak menjadi kawasan penyembunyian kumpulan yang terlibat dalam pertempuran di Marawi, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTerbunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh Ketika Buat Liputan Konflik Gaza

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh Ketika Buat Liputan Konflik Gaza

16/12/2023
0

GAZA CITY : Seorang pengamal media terbunuh manakala rakan sekerjanya cedera dalam serangan Israel ketika membuat liputan di Semenanjung Gaza,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd