• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Wenger In” Atau “Wenger Out!”?

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARSENE Wenger menghadiahkan Piala FA pada musim ini ketika penyokong Arsenal heboh mahu pengendali dari Perancis itu segera meletak jawatan.

Ini kejayaan Piala FA ketujuh Wenger. Satu angka yang tidak pernah dimiliki oleh mana-mana pengurus Liga Premier England.

Untuk rekod kejayaan malam tadi adalah kali ke 13 Piala FA dimiliki Arsenal.

'Wenger In' Atau 'Wenger Out'?

Arsene Wenger memegang jawatan pengurus sejak Oktober 1996. Jasanya kepada Arsenal tidak boleh dinafikan. Pelbagai kejuaraan diraih dalam tempoh dua dekad bersama Arsenal.

Musim 2003-2004, Arsenal menamatkan musim tanpa kekalahan. Rekod ini tidak pernah dicapai mana-mana kelab dalam Liga Premier selain kelab Preston End. Itu pun 115 tahun lalu!

Malah, perpindahan stadium Arsenal dari Highbury ke Stadium Emirates juga tidak akan berjaya tanpa sumbangan Wenger.

Kewangan kelab yang kukuh membawa kepada pembinaan stadium yang baru. Wenger juga melahirkan banyak bakat muda bertaraf dunia.

Namun pengamalan polisi pelik Arsenal menyebabkan banyak pemain ternama dijual. Antaranya Cesc Fabregas, Samir Nasri, Robin Van Persie dan Gael Clichy.

Dugaan demi dugaan dilalui Wenger bersama Arsenal. Kekalahan 8-2 kepada Manchester United pada Ogos 2011 satu luka besar.

Lebih sedih tewas 6-0 kepada Chelsea pada 2014 yang merupakan perlawanan ke 1,000, Wenger bersama Arsenal.

Berbanding rekod pengurus setara dengan Wenger, seteru utamanya Sir Alex Ferguson telah bersara. Manakala Rafael Benitez dan Jose Mourinho, sering bertukar kelab.

Namun Wenger kekal setia bersama Arsenal. Pada masa sama, kegagalan melayakkan diri ke Piala Juara Eropah tahun depan menyebabkan penyokong merasakan zaman Wenger perlu berakhir.

Wegner dikagumi kerana taktikal permainan yang sentiasa kompetitif dan berevolusi sejak 1996 sehingga sekarang. Dia tidak takut menggunakan bakat muda. Malah sentiasa mencuba taktikal baru yang sesuai.

Terbaru, kejayaan mengalahkan Chelsea untuk memenangi piala FA ini. Ia dikaitkan dengan perubahan taktikal dengan formasi 3-4-3.

Ini bukan formasi kegemaran Wenger. Namun, dia bijak mengawal pemain di dalam dan di luar padang. Malah amat dipandang tinggi rakan sejawat yang lain.

Bakat bukanlah ukuran utama bagi Wenger, namun komitmen dan kesungguhan pemain terhadap kelab menjadi keutamaan.

Kini Wenger memerlukan sokongan kewangan dan kebebasan memilih pemain.

Perbelanjaan terhad akan membuatkan Arsenal sukar menyaingi Manchester City dan Chelsea.

Kewangan dan kebebasan akan mengembalikan era keagungan Arsenal seperti yang dilakukan pada 2003-2004.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda setuju dengan “Wenger Out!”?

#laskarmalaya

Tags: Arsene Wenger
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wenger Dijangka Ke AC Milan

06/11/2018
0

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan. Laporan di Perancis mendakwa bekas pengendali Arsenal itu telah...

Wenger Dedah Kesilapan Besar

18/07/2018
0

ARSENE Wenger membuka mulut berkongsi cerita 22 tahun berada di Arsenal. Pengurus kelahiran Perancis itu mengakui kesilapan besarnya apabila berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd