• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pandu Macam ‘Pelesit’ Kemudian Langgar Lari

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI seorang pemandu kereta kompak, Ford Fiesta yang memandu secara berbahaya sebelum melanggar sebuah kereta dalam kejadian di Rawang baru-baru ini menjadi tular di laman sosial.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7.08 malam di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Rawang.

Berdasarkan rakaman, pemandu kereta berwarna biru itu dilihat memecut laju, menukar lorong secara melulu tanpa memberikan isyarat sebelum beberapa saat kemudian melanggar sebuah kereta Nissan yang berada di hadapannya.

Akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa berputar sebelum sekali lagi dilanggar pada bahagian depan mengakibatkan kenderaan itu remuk.

Ekoran perlanggaran tersebut, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian kemalangan.

Insiden tersebut mengundang kemarahan ramai dan netizen menghentam teruk pemandu Ford Fiesta tersebut.

Bagaimanapun, tampil seorang lelaki dikenali sebagai Hariharen Annadurai mengakui kereta tersebut merupakan miliknya namun mendakwa pada hari kejadian keretanya itu tidak dipandu olehnya.

“Saya baharu menonton video ini, maaf semua. Sebenarnya apa yang berlaku (pada hari kejadian) adalah saya telah meminjamkan kereta itu kepada kawan dan dia memandunya.

“Saya sedia maklum bahawa kereta saya terlibat dalam kemalangan, tetapi kawan saya beritahu bahawa seseorang telah melanggar dan lari ketika kereta diparkir di kawasan sekitar rumahnya.

“Terima kasih untuk perkongsian video ini, jadi sekarang saya tahu kebenaran dan apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Hariharen, laporan polis berhubung kemalangan itu akan dibuat dan dia memohon agar netizen tidak menyalahkannya dan kereta itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangankeretalanggar larilebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alpa Main Handphone….Pelajar Sekolah Nyaris Dilanggar….

Alpa Main Handphone….Pelajar Sekolah Nyaris Dilanggar….

26/01/2026
0

Nasib naik pelajar ni bijak dan berhati-hati serta yang menghantarnya pun bersikap prihatin memberikan peringatan awal-awal .... Kejadian dipercayai berlaku...

Penumpang Wanita Maut, Dua Kereta Bertembung Di Batu 14 Jalan Labis–Yong Peng

Penumpang Wanita Maut, Dua Kereta Bertembung Di Batu 14 Jalan Labis–Yong Peng

10/01/2026
0

BATU PAHAT – Seorang wanita warga tempatan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Batu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd