• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Padah ‘Suluh’ Tangki Minyak Punya Pasal…

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA pemetik api, seorang lelaki belajar ‘cara susah’ mengapa sumber api dilarang digunakan di stesen minyak atau berhampiran dengan bahan mudah terbakar.

Lelaki itu pada awalnya sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak yang terletak di bandar Taraz, wilayah Jambyl, kira-kira 1,297 kilometer dari ibu kota Kazakhstan, Astana.

Dengan alasannya mungkin untuk mengetahui sama ada tangki minyaknya sudah penuh, dia kemudian bertindak menyalakan pemetik api, menurut laporan portal Metro UK.

Sejurus itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkkan kebakaran berlaku dan akibat ‘keterlanjurannya’, dua buah lagi kenderaan milik pengunjung stesen minyak tersebut turut terbakar.

Di akhir video, asap putih kelihatan berkepul-kepul kerana beberapa orang individu yang dipercayai kakitangan stesen minyak itu bertindak pantas menggunakan pemadam api untuk memadamkan api yang semakin marak.

Perbuatan lelaki itu mendapat kecaman yang hebat menerusi media sosial setelah rakaman CCTV itu menjadi tular menerusi media sosial tempatan.

Seorang wanita di Facebook memberi pandangannya mengenai kejadian itu dengan memberi komen, “Betul-betul bodoh, budak kecil pun tahu jangan main api di stesen minyak.”

Difahamkan, lelaki itu dikatakan menggunakan minyak diesel kerana kebakaran yang berlaku tidak seteruk kebakaran yang berpunca daripada minyak petrol. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KazakhstanPemetik Apistesen minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

Video Tular Lelaki Ditampar Di Stesen Minyak, Polis Buka Siasatan Dalaman

Video Tular Lelaki Ditampar Di Stesen Minyak, Polis Buka Siasatan Dalaman

12/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd