• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Ditetak Depan Rumah Tanpa Belas Ihsan

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH rakaman video memaparkan seorang lelaki ditetak tanpa belas ihsan di hadapan sebuah rumah, kini menjadi tular laman Facebook.

Menerusi rakaman itu, mengsa yang tidak berbaju dilihat bergelut dengan suspek yang bertindak menetaknya bertubi-tubi mengunakan pisau pemotong ayam.

Suspek juga tidak menghiraukan jeritan saksi dan hon yang dibunyikan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Menurut maklumat yang kami terima, insiden penuh ngeri ini dilaporkan berlaku di Jalan Anson, George Town, Pulau Pinang, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, mengesahkan laporan kejadian ini dan telah menahan suspek.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada pergaduhan mangsa dan suspek yang masing-masing merupakan warga Myanmar.

“Mangsa kini ditempatkan di zon merah, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pendarahan yang banyak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, polis masih lagi menyiasat punca pergaduhan mereka memandangkan suspek enggan memberi kerjasama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes tetakMyanmarpisauPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd