• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

V Shem-Wee Kiong Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mungkin tidak beraksi di Terbuka Indonesia bulan depan ekoran kecederaan yang dialami Wee Kiong ketika membuat persediaan menghadapi kejohanan badminton Piala Sudirman, minggu lepas.

Jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan berkata keputusan untuk merehatkan pasangan itu adalah bagi membolehkan Wee Kiong menjalani proses pemulihan dan kembali memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada 21 hingga 27 Ogos ini.

“Kita tengok dahulu macam mana keadaan Wee Kiong, kerana masalah lutut ini muncul kadang-kadang terutama jika melakukan latihan yang lasak, bergerak terlalu banyak dan jadi tidak selesa jika melakukan lompatan.

“Buat masa ini, Wee Kiong dibantu oleh pakar fisioterapi untuk program pemulihan. Di harap akan pulih segera untuk kita kembali fokus untuk kejohanan dunia,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.

Gandingan V Shem-Wee Kiong sepatutnya menghadapi dua kejohanan Siri Super iaitu Terbuka Indonesia dari 13 hingga 18 Jun ini dan Terbuka Australia dari 20 hingga 25 Jun in, sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia.

Pada aksi Piala Sudirman, skuad negara tewas 3-1 kepada Jepun pada pusingan suku akhir, sekali gus gagal menepati sasaran ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Prestasi tidak konsisten gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu sejak kebelakangan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat sukan badminton negara sehingga timbul cadangan yang mahukan V Shem-Wee Kiong dipisahkan.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isu berkenaan, Jeremy berkata gandingan V Shem dan Wee Kiong tidak mempunyai masalah cuma mereka hilang fokus ketika latihan berikutan beberapa faktor luaran.

“Memang ada sikit terganggu dari segi fokus dalam latihan kerana perlu membuat persiapan perkahwinan (V Shem) tapi mereka tahu membezakan perkara ini. Tapi kebelakangan ini, saya lihat semua sudah kembali pulih dan fokus.

“Apa yang penting kita sudah tahu apa masalah mereka dan juga tekanan yang mereka alami. Saya harap semua peminat dan jurulatih, bukan sahaja bagi tekanan tetapi pada masa yang sama terus menyokong mereka,” katanya.

Untuk rekod, beregu lelaki negara yang pernah menjadi gandingan nombor satu dunia itu kini jatuh ke ranking keenam dunia selepas sekadar mencapai keputusan mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan iaitu Seluruh England (7-12 Mac) , Terbuka India (28 Mac-2 April) dan Terbuka Singapura (11-16 April). – BERNAMA

Tags: badmintonV Shem-Wee Kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd