• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan PKS Sabah Digesa Kuasai ICT Kekal Daya Saing

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri menggesa semua usahawan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk terus kekal berdaya saing dan berkembang maju dalam perniagaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, perniagaan dalam talian menjadi antara pilihan pelanggan hari ini, justeru, usahawan PKS di Sabah perlu bijak mengambil kesempatan itu dengan mengadaptasi teknologi bersesuaian demi meningkatkan kebolehsaingan perniagaan.

“Kepesatan sektor ICT memberi impak sangat besar kepada kehidupan, termasuk dalam aspek perniagaan. Kemunculan begitu banyak teknologi dan aplikasi baharu membolehkan sektor perniagaan meningkatkan kecekapan operasi masing-masing,” katanya berucap pada Majlis Perasmian SME BizFest 2017 anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian negeri.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar dan Pengurus Besar TM Sabah, Sukkuriya Masri.

Musa berkata, kajian menunjukkan statistik penggunaan Internet dalam kalangan usahawan PKS, secara amnya, meningkat begitu ketara kepada 90.1 peratus pada suku pertama 2016 berbanding 33.3 peratus tempoh sama pada 2014.

Penggunaan media sosial untuk mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan juga turut meningkat kepada 78.2 peratus pada suku pertama 2016 berbanding hanya 12.1 peratus pada suku pertama 2014, katanya.

“Kini, lebih 40 peratus PKS mempunyai laman web sendiri dan ia menunjukkan peningkatan ketara dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu, Musa mahu usahawan sektor PKS di Sabah yang mengikuti SME BizFest 2017 memanfaatkan sepenuhnya program pembangunan keusahawanan digital itu untuk mempertingkat pengetahuan dan kemahiran memperluas potensi perniagaan menerusi Internet.

“Saya percaya ia akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi dengan menggembleng sepenuhnya potensi pengusaha PKS di Sabah,” katanya.

SME BizFest 2017 bertemakan ‘Innovate to Dominate: Go Digital’ antara lain bertujuan menyediakan rumusan dan produk digital terbaharu bagi membantu PKS menarik lebih banyak prospek dengan menggunakan alatan pemasaran digital serta memperkasa pekerja mencapai produktiviti lebih tinggi dan memacu kecekapan kos.

Sabah adalah hentian kelima dan terakhir untuk tahun ini selepas penganjurannya di Kuala Lumpur, Kuching, Kota Bharu serta Johor Bahru.

Acara sehari yang turut disokong oleh SME Corporation Malaysia , Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan Bank Islam Malaysia Bhd itu telah menarik penyertaan lebih 1,500 usahawan PKS di Sabah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa AmanICTPKSusahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peringatan DAP Kepada Kakitangan Kerajaan!

Next Post

Pengurus Hotel Dituduh Eksploitasi Seks 4 Wanita Thai

Related Posts

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

22/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi tumpuan dalam pembentangan semula Bajet 2023 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana...

TRRF: Kerajaan Salur RM7.150 Bilion Kepada PKS Setakat 6 Julai

TRRF: Kerajaan Salur RM7.150 Bilion Kepada PKS Setakat 6 Julai

02/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM7.150 bilion kepada sebanyak 26,119 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Kemudahan...

Next Post

Pengurus Hotel Dituduh Eksploitasi Seks 4 Wanita Thai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd