• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Pembangkang Sabotaj Ekonomi Sia-Sia

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Usaha pembangkang yang beberapa kali cuba mensabotaj ekonomi serta menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata sia-sia apabila lebih banyak pelaburan diterima Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata dalam tempoh tujuh bulan bermula November tahun lepas hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak RM366 bilion pelaburan telah berjaya dibawa masuk ke dalam negara oleh Najib, meskipun ramai pembangkang mengatakan kerajaan pimpinannya gagal.

“Daripada jumlah berkenaan, RM175 bilion adalah pelaburan dari China, hasil dua lawatan Najib ke negara berkenaan pada November tahun lepas, manakala RM31 bilion merupakan pelaburan dari Arab Saudi selepas kunjungan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada Februari.

“Baki RM160 bilion pula dicapai hasil lawatan rasmi Najib ke India pada bulan April,” katanya dalam ucapan perasmian Pentas Rakyat: Bual Bicara Pembangunan di Parlimen Pengerang di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya Ghazali Abas.

Azalina berkata kerjasama yang terjalin dengan negara-negara itu menunjukkan mereka menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia, sekali gus membantu kerajaan melenyapkan segala berita tidak sahih mengenai usaha-usaha yang dijalankan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan program berkenaan mampu menyebarkan maklumat pembangunan dalam Parlimen Pengerang khususnya kepada generasi muda, selain memastikan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat berjalan lancar.

“Pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional sudah pasti untuk kebaikan rakyat keseluruhannya dan kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi peluang-peluang terbaik kepada rakyat.

“Justeru, saya harap rakyat di Pengerang tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang, sebaliknya bersama-bersama kerajaan membangunkan negara,” katanya yang juga Anggota Parlimen Pengerang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) Izhar Hifnei Ismail. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd