• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Mencari Remaja Hilang Di Pontian Diteruskan

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Usaha mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang hilang dalam kejadian bot terbalik dan karam di kawasan perairan Pontian petang Jumaat (26 Mei) diteruskan hari ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata operasi mencari mangsa yang hilang, Mohd Syami Hasing, 16, bermula pukul 7 pagi oleh pasukan bomba dari Pontian Baru di Tambak Pontian.

Bagaimanapun, katanya, operasi hanya dilakukan di permukaan laut sahaja berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Aset-aset kita telah ditempatkan di kawasan berkenaan sejak semalam, yang kita telah hantar ke lokasi bot karam iaitu dua bot aluminium dan sebuah bot amfibia yang dinaiki tujuh pegawai operasi dan menyelamat serta empat orang pegawai Pasukan Menyelamat di Air (PPDA),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, lapan orang nelayan terjatuh dari bot yang dinaiki mereka selepas bot itu karam dipukul ombak di tiga lokasi berasingan iaitu di perairan Rambah, Penerok dan Pontian.

​​​​​​​Enam daripada nelayan terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi hilang.

Seorang daripada dua nelayan yang hilang, Muhammad Atif Hafifi Abd Manaf, 28, dijumpai mati lemas pada 8.35 pagi semalam oleh pasukan penyelamat di kedudukan satu batu nautika dari pantai Rambah.

Anggota dan aset milik APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan nelayan tempatan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu. – BERNAMA

Tags: bot karam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

13/03/2023
0

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim. Ikuti Mynewshub: Telegram Pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd