• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Gajah Serba Tidak Menjadi – Dollah Salleh

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengendali Pahang, Dollah Salleh menyifatkan rentak permainan anak didiknya sebagai serba tidak menjadi pada saingan separuh akhir pertama Piala FA yang berkesudahan dengan Tok Gajah sekadar menang tipis 1-0 menerusi gol sendiri oleh Negeri Sembilan.

Dollah berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza, berkemungkinan disebabkan jadual padat pasukan selain ketiadaan Sumareh Mohamadou yang digantung satu perlawanan.

Beliau juga menyifatkan rentak permainan pemain import Pahang, Matheus Alves Leandro yang menjadi harapan untuk merobek gawang gol pasukan lawan sebagai ‘serba tidak kena’.

“Kita ada mencipta ruang tapi kita mensia-siakannya. Saya bukan memberi alasan dan dalam bola sepak, kita kena terima hakikat dan sudah rasa bersyukur dengan kemenangan 1-0 ini.

“Bagaimanapun, kita kena lebih memberi fokus dan tumpuan untuk bangkit semula di Paroi (Stadium Tuanku Abdul Rahman)… dan berharap kita akan mendapat semula rentak permainan dengan kemasukan semula Mohamadou di sana,” katanya.

Dollah berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini semalam, yang menyaksikan Pahang menang 1-0 selepas rembatan Mohammad Ashari Samsudin terkena kaki pemain pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat.

Beliau juga berkata peluang Pahang untuk menjaringkan gol tidak kesampaian disebabkan taktik pemain Negeri Sembilan yang bertahan dan berkumpul di kawasan gol.

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal berkata permainan skuad Rusa agak cacat kerana tonggak utama mereka, Bruno Junichi Suzuki Castanheira mengalami kecederaan.

“Saya agak kecewa kerana kita ada peluang walaupun Pahang banyak mengawal permainan. Bagaimanapun, kita masih ada 90 minit di Paroi dan kita akan beri persembahan terbaik di sana,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd