• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS hari ini menjunjung kasih perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sehingga ke tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga anggota Exco itu berkata mereka akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain memastikan semua program kerajaan negeri berjaya dilaksanakan.

“Kami yakin dengan limpah perkenan Sultan Selangor itu, ia akan dapat menamatkan sebarang spekulasi negatif terhadap kedudukan Exco PAS di Selangor,” menurut mereka.

Dalam titah khas semalam, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS dalam MMKN sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya dijalankan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan PAS.

Kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka. – BERNAMA

Tags: Exco PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

EXCO PAS Dikecam Kerana ‘Cemuh’ Menu Rahmah

EXCO PAS Dikecam Kerana ‘Cemuh’ Menu Rahmah

03/03/2023
0

Selepas beberapa kontroversi berhubung hidangan Menu Rahmah mengaitkan wakil rakyat PAS, kali ini seorang Adun parti itu melalui rakaman video...

Apa Tujuan Sebenar Azmin Kekalkan Exco PAS?

26/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga wakil PAS dalam barisan Exco kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd