• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Maklumat Suspek Daesh Dari Malaysia

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Imigresen Thai belum dimaklumkan oleh rakan mereka daripada Malaysia mengenai seorang suspek militan Daesh yang melarikan diri ke selatan Thai daripada Kelantan.

Menurut ketuanya Lt. Jen. Nathathorn Prousoontorn, suspek mungkin menggunakan laluan haram di kawasan sempadan untuk memasuki selatan Thai.

“Saya tidak menerima maklumat rasmi dan sekiranya dia melarikan diri ke Thailand, saya tidak fikir dia akan melalui kawalan imigresen sempadan sekiranya dia membawa senjata api. Dia mungkin menyeberang ke Thailand secara haram,” katanya kepada Bernama.

Walaupun tidak menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak Malaysia, Prousoontorn tidak menolak kemungkinan agensi keselamatan kedua-dua negara sudah bertukar-tukar maklumat.

Hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penahanan empat lelaki dan dua wanita atas dakwaan terbabit dengan kumpulan militan Daesh.

Menurutnya polis Malaysia juga sedang mencari Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, daripada Kampung Gertak, Rantau Panjang, Kelantan, yang melarikan diri ke selatan Thailand beserta sepucuk pistol dan dua laras refal M-4 Carbine.

Beliau berkata Muhammad Muzaffa turut berada dalam pasukan yang sama bertanggungjawab dalam penyeludupan senjata api daripada selatan Thailand ke Malaysia.

Sementara itu Perdana Menteri Thai, Jen Prayut Chan-o-cha yang ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut kerana menurutnya ia sensitif dan boleh menjejaskan banyak perkara di Thailand.

Namun katanya, Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama terutama melibatkan siasatan bersama dan penghantaran balik suspek.

Beliau berkata tiada bukti setakat ini menunjukkan penglibatan rakyat Thai dalam kumpulan Daesh.

Pemerintah Tentera Darat Wilayah Empat, Lt Jen Piyawat Nakwanich yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan di selatan Thai pula memberitahu media tempatan bahawa beliau menyedari laporan itu dan telah mengarahkan para pegawainya untuk mengesahkan perkara tersebut dengan rakan Malaysia mereka. – BERNAMA

Tags: DaeshLt Jen Nathathorn Prousoontorn
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd