• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasih Ramadan: TH, UMNO Peruntuk RM15 Juta

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan di 50 kawasan Parlimen terpilih bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata program itu adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

“Bermula 1 Ramadan, kita telah melaksanakan program ini di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan hari ini di Shah Alam.

“Sehingga hari ini, seramai 6,500 penerima telah menerima sumbangan berjumlah RM1.2 juta dan ini merupakan tanda keprihatinan TH dan UMNO dalam usaha meringankan beban hidup rakyat,” katanya.

Abdul Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima termasuk 750 golongan asnaf di Masjid Raja Tun Uda di sini, hari ini.

Menurutnya selepas Selangor, program Ziarah Kasih Ramadan akan diteruskan ke negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Sasaran kita bukan hanya untuk rakyat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Kalau sebelum ini TH hanya bertumpu kepada satu-satu tempat tetapi kali ini kita nak ramaikan lagi penerima bantuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul RahimUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd