• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Smart Atasi Banjir Besar Tempoh 10 Tahun

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) yang telah beroperasi selama 10 tahun terbukti berjaya mengatasi masalah banjir besar yang sering berlaku di ibu negara sebelum ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata sejak dibuka pada Jun 2007, terowong dwifungsi yang digunakan sebagai laluan trafik dan aliran air itu berjaya menyelamatkan beratus juta Ringgit nilai harta awam daripada kemusnahan banjir.

“Menerusi program tebatan banjir dan kolam takungan air yang dibina, dianggarkan sebanyak RM1.5 juta sehingga RM15 juta harta awam dapat diselamatkan dengan melibatkan hampir 120,000 warga kota setiap kali berlaku banjir.

“Terowong SMART ini mampu melencongkan limpahan air sebanyak 1.16 juta meter padu dalam satu-satu masa sekiranya berlaku hujan lebat tanpa henti selama tiga jam, dan sehingga 20 Mac lalu (dalam tempoh 10 tahun), sebanyak 296 kali air banjir berjaya dilencongkan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis prapelancaran Program Larian Terowong SMART 2017 di sini hari ini.

Antara kawasan rendah di ibu kota yang kini hampir bebas setiap tahun daripada banjir hasil daripada teknologi terowong SMART ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan P.Ramlee dan beberapa lagi jalan utama.

Hamim berkata terowong itu juga membuktikan negara mempunyai kepakaran pengairan dan saliran yang setanding dengan negara maju.

“Projek ini melambangkan kejayaan kerajaan dan kita boleh berbangga kerana banyak pihak luar termasuk dari Jepun dan China, juga meninjau projek ini yang mana projek ini juga telah disiarkan di stesen televisyen dan akhbar Jepun baru-baru ini.

Berhubung program larian bersempena ulang tahun ke-10 terowong SMART beroperasi, Hamim berkata sejumlah 3,000 peserta dijangka menyertai larian di sepanjang 9.7km terowong itu pada 30 Julai ini, yang terbuka kepada semua warganegara berumur 18 tahun dengan hadiah wang tunai berjumlah RM11,250.

Lima kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki terbuka, lelaki veteran junior, wanita terbuka, lelaki veteran senior dan wanita veteran.

Menurutnya, bersempena larian itu, terowong SMART akan ditutup kepada semua kenderaan selama lapan jam dari 3 pagi hingga 11 pagi pada 30 Julai ini. – BERNAMA

Tags: BanjirTerowong SMART
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd