• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Wajar Buang Prinsip Setia Kepada Kerajaan

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa anggota tentera tidak wajar setia kepada kerajaan Malaysia.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, anggota tentera tidak perlu terus berpegang kepada prinsip itu kerana setiap anggota tentera perlu mempunyai prinsip sendiri.

“Perlu saya ingatkan di sini bahawa visi ATM sendiri adalah melindungi kedaulatan, integriti dan kepentingan negara.

“Menyamakan kesetiaan kepada negara dengan kesetiaan kepada kerajaan adalah satu salah faham yang lazim dan harus diperbetulkan,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan seruan Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Sharuddin Omar supaya veteran tentera terus menyokong kerajaan Malaysia.

Sharuddin dipetik berkata, veteran tentera telah lama berkhidmat untuk negara serta kerajaan Malaysia dan mereka diseru supaya terus berpegang kepada prinsip itu.

Nik Nazmi turut mendakwa, patriotisme adalah cinta dan setia kepada negara, bukannya kepada kerajaan Malaysia.

Justeru, beliau meminta veteran ATM tidak memihak kepada kerajaan Malaysia berdasarkan sentimen.

AMK merupakan sayap pemuda parti liberal Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menganggotai Pakatan Harapan.

Selain PKR, Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut disertai parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN)

Pakatan Harapan menjalin kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha mereka mahu menumbangkan parti kaum Melayu UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AMKAnggota Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd