• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taylor Swift Berpacaran Dengan Aktor British

oleh AK-47
23/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK serik-serik mencari cinta sejati, megastar antarabangsa Taylor Swift kini dilaporkan bercinta dengan aktor British Joe Alwyn sejak beberapa bulan lepas.

Ini merupakan jejaka British ketiga yang menjadi teman lelaki Taylor selepas Harry Styles dan Tom Hiddleston.

“Taylor dan Joe sedang menjalinkan hubungan yang agak serius. Namun selepas apa yang berlaku terhadap hubungan tak kesampaiannya dengan pelakon Tom Hiddleston, Taylor memilih untuk lebih berhati-hati dalam mendedahkan kisah cintanya kali ini,” kata seorang sumber kepada akhbar The Sun.

The Sun merupakan media pertama yang melaporkan hubungan cinta “Hiddleswift” musim panas yang lalu, jadi mungkin berita ini mempunyai tahap kesahihan yang tinggi.

Taylor juga dilaporkan sedang menyewa sebuah kediaman di Utara London bagi memudahkan dia berjumpa dengan kekasih barunya itu, yang dikatakan tinggal di kejiranan yang sama bersama-sama ibu bapanya.

“Penyanyi itu terbang ke UK menggunakan jet peribadi dan pasukan keselamatannya memastikan tiada siapa tahu pergerakan Taylor.

“Dia juga keluar bersiar-siar dengan Joe di sekitar kota London secara senyap-senyap; sama ada memakai topi dan cermin mata hitam untuk menyembunyikan identitinya. Setakat ini masih ramai yang tidak perasan Taylor berada berdekatan dengan mereka, begitu juga jiran-jirannya yang lain,” kata sumber itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Taylor Swift
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elizabeth Tan Dikecam Peminat Taylor Swift

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Elizabeth Tan diserang peminat Taylor Swift dalam laman sosial selepas mengeluarkan kenyataan salah tentang penyanyi antarabangsa...

Taylor Swift Perli Ramai Rakan Artis Dalam Video Klip

30/08/2017
0

WOW... Hebat sungguh penangan lagu Look What You Made Me Do, nyanyian Taylor Swift ni! Bayangkan 43 juta kali tontonan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd