• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Khas Biayai Kos Saman Sarawak Report

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS hari ini melancarkan tabung khas bagi membiayai kos saman terhadap Sarawak Report yang memfitnah parti itu menerima dana daripada pemimpin UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan tabung itu ketika sesi penggulungan perbahasan pagi ini pada Muktamar PAS ke-63 yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PAS.

“Kita tidak boleh biarkan maruah parti dirobek dan PAS mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Sarawak Report. Sekarang kita sudah ada peguam dan saksi-saksi juga telah dikumpul.

“Kita minta semua ahli parti menyumbang hanya RM5 dan untuk kepimpinan RM100 seorang. Kita perlukan segera dan arahan ini minta diperturunkan secepat mungkin dalam tempoh sebulan ini bagi membela maruah parti,” katanya.

Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran artikel fitnah itu dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Abdul Hadi selepas merasmikan Muktamar PAS ke-63 berkata PAS akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan maruah parti Islam itu dengan kenyataan fitnah dan tidak betul. – BERNAMA

Tags: PASSarawak Report
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd