• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Murka Tindakan MP Subang

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

“Tuanku sebelum ini telah melahirkan rasa murka dan dukacita berhubung perkara itu menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

“…dan hari ini baginda sekali lagi melahirkan rasa teramat murka (berhubung tindakan Sivarasa) kepada saya pada majlis berbuka puasa tadi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar di sini, yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin.

Haris berkata pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lepas untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu dan telah menyembahkan laporan itu kepada baginda, semalam.

Menurutnya, setelah meneliti laporan tersebut Sultan Selangor menyifatkan tindakan nazir serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.

“Baginda Sultan turut menitahkan JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

“Kita meminta nazir berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam minggu ini juga mengapa beliau membenarkan Sivarasa berucap di dalam masjid dan kita akan lihat tindakan bersesuaian yang boleh diambil sama ada amaran, gantung jawatan atau dipecat,” katanya.

Haris berkata beliau difahamkan nazir masjid berkenaan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kehadiran Sivarasa pada program penyerahan sumbangan moreh masjid itu, dan pihaknya juga difahamkan tiada sebarang ceramah dijadualkan dalam program tersebut.

Rabu lepas, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. – BERNAMA

Tags: Datuk Haris KasimJAISSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaki Tertua Malaysia Azam Kembali Ke Everest

Next Post

Inquiries & Answers for Medical Interviews

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Inquiries & Answers for Medical Interviews

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd