• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Ubah Fikiran, Enggan Ceraikan Ezlynn

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASA hadapan perkahwinan penyanyi dan pelakon Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy akan ditentukan pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.

Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Mohamed Hizwan Mohamed Nor telah menetapkan tarik itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh pihak plaintif iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, dan Adam Fahmi selaku defenden mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili Ezlynn, Izyan Hazmi Ahmad berkata, pelantikan jawatankuasa dibuat berikutan tiada persetujuan bersama dalam meneruskan hasrat untuk bercerai, lapor mStar Online hari ini.

“Jawatankuasa pendamai terpaksa dilantik berikutan tiada persetujuan bersama dalam hal ini. Pada perbincangan asal defenden bersetuju untuk bercerai tapi menukar fikiran pada saat-saat akhir.

“Keputusan sama ada bercerai atau masih berdamai akan diketahui pada 11 Julai ini selepas laporan jawatankuasa pendamai diserahkan,” ujarnya.

Pasangan itu hadir ke mahkamah dan telah melantik seorang jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang tidak dapat dilakukan sendiri oleh plaintif dan defenden.

“Pihak jawatan kuasa pendamai perlu tahu peranan sebenar mereka ialah untuk memastikan tidak berlaku perceraian. Perbincangan akan dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Saya harap kes ini tidak berlanjutan dan semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menyelesaikan kes ini dan pihak berkenaan hadir pada hari yang ditetapkan,” ujarnya.

Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Spekulasi mengenai kegoyahan rumahtangga Ezlynn dan Adam dihidu media selepas khabar angin dia dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya bertebaran di blog-blog hiburan tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berceraiEzlynn
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Abang Nak Pinjam Umi RM20, Baiki Motosikal Ayah”

Next Post

4 Doktor, 2 Lelaki Didakwa Buat Perakuan Palsu

Related Posts

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

Bill, Melinda Gates Bercerai Selepas 27 Tahun Berkahwin

04/05/2021
0

MANUSIA ke-4 terkaya di dunia dengan nilai dianggarkan lebih RM520 bilion, Bill Gates mengumumkan akan bercerai dengan isterinya, Melinda. Bill...

Next Post

4 Doktor, 2 Lelaki Didakwa Buat Perakuan Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd