• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sporting! Siti Tunai Janji Nyanyi ‘Hang Pi Mana’

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAWAK pun ada, comel pun ada apabila Datuk Siti Nurhaliza menunaikan janjinya untuk menyanyikan lagu Hang Pi Mana!

Penyanyi No.1 negara itu menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Khalifah tersebut, selepas pasukan bola sepak Pahang tewas 3-2 kepada Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, Sabtu lalu.

Lagu popular berkenaan didendangkan penyanyi tersohor itu di stesen radio Era FM, pagi tadi.

Malah, ketika berlangsungnya majlis jamuan bersama kelab peminatnya, Siti Zone, di ibu kota, semalam, aksi Siti menyanyikan lagu terbabit turut dirakamkan peminat dan wakil media.

“Sekalipun lahir di Pahang, separuh badan saya kini kiranya sudah ada darah Kedah kerana suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) dari negeri berkenaan.

“Jadi, bab usik-mengusik dengan suami itu perkara biasa apabila membabitkan perkara berkaitan negeri masing-masing, termasuklah ketika Kedah dan Pahang diumumkan berentap pada peringkat akhir Piala FA.

“Kebetulan juga Siti dan seorang teman berkahwin dengan orang Kedah. Tambahan pula kami berempat aktif berbasikal dan mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri. Kecoh jugalah dalam kumpulan itu kerana Piala FA. Masing-masing nak menuntut hadiah, jika negeri sendiri menang.

“Akhirnya Siti turut bergurau, kalau Kedah menang dan Pahang tewas pada perlawanan itu, Siti kena nyanyi lagu Hang Pi Mana. Nampaknya Siti kenalah tunai janji,” tuturnya memetik BH Online. 

Walaupun nyanyian Siti itu agak ‘lain macam’ sedikit daripada kebiasaannya, namun beliau tetap comel dan kelihatan amat sporting melayan kerenah peminat mengusiknya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Juara GGV: “Ini Mungkin Rezeki Anak Saya” – Bazli

Next Post

Bot KD Perdana: PM Kerah Semua Aset Digerakkan

Related Posts

Siti Nurhaliza Mahu Dana Untuk Anak Seni Diwujudkan

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov...

Siti Nurhaliza Guna CCTV Intai ‘Buah Hati’

01/08/2018
0

PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah yang...

Next Post

Bot KD Perdana: PM Kerah Semua Aset Digerakkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd