• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siap Suap Aiskrim, Elfira Loy Akui Sufian Istimewa

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN masing-masing tidah pernah mengaku sedang menjalin hubungan cinta, namun gambar-gambar sambutan hari jadi penyanyi Sufian Suhaimi yang ke-25 ini bagai mengesahkan hati pelakon jelita Elfira Loy sudah berjaya ditawan penyanyi lagu Terakhir itu.

Jika Elfira menerima 23 kuntum bunga pada ulang tahun hari jadinya tempoh hari, kini giliran Sufian pula menerima kejutan dari gadis popular itu pada hari jadinya.

Lain daripada yang lain, Elfira memilih untuk membuat kejutan istimewa dengan membawa Sufian menaiki helikopter mengelilingi ibu kota.

Siap Suap Aiskrim, Elfira Loy Akui Sufian Istimewa

Siap Suap Aiskrim, Elfira Loy Akui Sufian Istimewa

Siap Suap Aiskrim, Elfira Loy Akui Sufian Istimewa

Siap Suap Aiskrim, Elfira Loy Akui Sufian Istimewa

Tidak sekadar itu, Elfira turut merancang secara rahsia acara sambutan hari jadi buat Sufian yang dihadiri rakan rapat dan adik-beradik penyanyi itu di The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan.

Malah, menerusi Instastory Elfira, pelakon itu turut berkongsi  beberapa aksi romantis mereka ketika acara itu seperti bermain basikal dan menikmati aiskrim bersama-sama.

Dalam banyak-banyak gambar, aksi Elfira menyuap Sufian Aiskrim paling menarik perhatian hinggakan ramai yang membuat agakan pasangan ini sedang hangat dilamun cinta.

Sementara itu, bercakap kepada Berita Harian, Elfira tidak memberi status jelas mengenai hubungan mereka namun akui Sufian adalah lelaki istimewa buatnya.

“Apa yang boleh saya cakap, dia memang istimewa. Ketika ini, dia antara lelaki yang rapat dengan saya. Dia datang dalam hidup saya dengan cara baik.

“Saya dan dirinya cuba menikmati detik ini sebaik mungkin. Cuma, kalau ditanya lebih-lebih, memang tak timbul soal kami cuba menutup sesuatu cerita atau sebaliknya.

“Kami hanya mengikut aliran rentak masa. Apa yang saya lakukan kepadanya hari ini juga kerana dia seorang yang sangat baik,” kata Elfira. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Elfira LoypelakonpenyanyiselebritiSufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd