• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semangat Berpasukan Penting Pada Piala Sudirman

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja berpasukan yang baik akan meningkatkan semangat dan daya motivasi skuad badminton negara untuk melakukan kejutan pada Kejohanan Piala Sudirman di Gold Coast, Australia dari 21 hingga 25 Mei ini.

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berkata selain itu, kekuatan mental serta keyakinan diri juga penting untuk membantu pasukan memberikan tentangan sengit dalam setiap perlawanan pada kejohanan berpasukan campuran itu.

Chong Wei, selaku ketua pasukan, berkata semua pemain perlu merangka strategi terbaik dalam menghadapi perlawanan peringkat kumpulan C iaitu menentang Jepun dan Jerman terlebih dahulu kerana semua pemain sudah boleh menjangkakan kekuatan dan kelemahan pencabar masing-masing.

“Dalam cabaran peringkat kumpulan, kita boleh jangka siapa pemain lawan yang akan diturunkan, jadi sangat penting dalam kejohanan seperti ini adalah kerja berpasukan. Sokongan daripada rakan sepasukan sangat penting,” katanya.

Skuad negara perlu muncul juara peringkat kumpulan bagi mengelak bertemu pasukan pilihan utama pada peringkat seterusnya, kata pemain veteran itu ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini, baru-baru ini.

Chong Wei turut yakin barisan pemain yang diturunkan kali ini mempunyai potensi untuk mara sehingga ke separuh akhir.

Selain Chong Wei, skuad negara dibarisi pemain perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi/Ong Yew Sin (beregu lelaki), Chan Peng Soon/Cheah Yee See dan Tan Kia Meng/Lai Pei Jing (beregu campuran).

Goh Jin Wei dan Sonia Cheah (perseorangan wanita), Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean (beregu wanita).

Sebagai rekod, juara bertahan China mendominasi kejuaraan Piala Sudirman sebanyak 10 kali (1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009, 2011, 2013, 2015) diikuti Korea Selatan tiga kali (1991, 1993, 2003) dan Indonesia sekali pada tahun 1989. – BERNAMA

Tags: Piala Sudirman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Guna Pusat Internet 1Malaysia Untuk Sebar Fitnah

Next Post

Tiada Bukti Terapi Ozon Beri Kebaikan Kepada Pengguna

Related Posts

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Ahli Bersatu Hina Pemain India

04/10/2021
0

Kenyataan itu mengundang kemarahan banyak pihak termasuk MIC yang dikenali 'penjilat tegar' Bersatu.

Next Post

Tiada Bukti Terapi Ozon Beri Kebaikan Kepada Pengguna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd