• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sebelum Dihina, Lebih Baik Angkat Kaki” – Nabil Ahmad

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS sembilan tahun bergelumang sebagai pelawak dengan menjuari program Raja Lawak pada 2004, Nabil Ahmad kini seakan-akan tidak selesa dengan status berkenaan.

Bagi Nabil, 34, sebelum dihina kerana gagal menggeletek hati penonton, lebih baik dia ‘angkat kaki’ daripada pentas lawak dan menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan dan aktiviti di belakang tabir.

“Saya sudah tak nak buat lawak (persembahan televisyen). Sekarang ini saya lebih selesa buat pengacaraan.

"Sebelum Dihina, Lebih Baik Angkat Kaki" - Nabil Ahmad
Sitkom pertama arahan Nabil berjudul Bas Stop bakal disiarkan pada Jun depan.

“Saya nak buat sesuatu yang baru. Cuba kerja belakang tabir dan buat skrip. Saya mahu orang tengok kebolehan lain yang saya ada.

“Ada banyak cara nak kembangkan idea sebagai pelawak. Kini saya suka tulis skrip dan tengok orang lain keluarkan lawak saya,” katanya kepada mStar Online.

Selain aktif mengacara, pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Nabil Production Sdn. Bhd.

Menurut Nabil, dia tidak ingin memalukan dirinya sendiri semata-mata mahu bersaing dengan generasi pelawak baharu yang mempunyai pengikut mereka yang tersendiri.

“Sebagai pelawak kita kena tahu batasan waktu. Buat apa nak rendahkan maruah diri untuk bersaing dengan orang muda.

“Saya pernah masuk pertandingan lawak dan tak pernah tersingkir walaupun secara solo. Pencapaian itu tak cukup bagus?

“Jadi buat apa nak masuk sampai tersingkir? Buat apa tunggu sampai orang dah tak suka?” katanya.

Tambah Nabil, sebagai permulaan dia bakal tampil dengan sebuah sitkom baharu berjudul Bas Stop yang akan ditayangkan pada 1 Jun depan menerusi saluran Astro Warna.

Sitkom pertama terbitan syarikat produksinya itu menampilkan Sherry Alhadad, Abby Yus, Angah Raja Lawak dan Ippo Hafiz sebagai karakter utama.

“Saya menjanjikan kelainan dalam sitkom ini. Kami nak kembalikan fenomena sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang popular pada masa dulu.

“Ia merupakan idea saya bersama beberapa individu lain. Kelainan yang bakal ditampilkan termasuk merealisasikan impian untuk membawa masuk sebuah bas persiaran ke dalam studio.

“Bas itu bukan sekadar prop yang statik, sebaliknya ia akan bergerak membawa astis jemputan sebelum turun di perhentian bas yang menjadi subjek utama sitkom ini,” katanya. – mStar Online

Tags: Nabil Ahmadpelawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3,000 Pelarian Diselamatkan Di Mediterranean

Next Post

Lelaki Miliki Kaki Seberat 150 Kilogram

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Hingga Ke Saat Terakhir, Nazar Mohammad Tetap Membahan Taliban

13/10/2021
0

PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai...

Next Post

Lelaki Miliki Kaki Seberat 150 Kilogram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd