• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Tak Laku Sebagai Pemain Bola Sepak”

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN bola sepak, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan keputusan dramatiknya untuk menceburi industri hiburan bukan bermakna bakal meninggalkan dunia sukan.

Beliau yang menerima tawaran untuk menjadi duta kempen Terima Kasih Ramadan anjuran TV3 berkata, ia sekadar memberi sokongan dalam melakukan kerja-kerja amal yang dianjuran stesen televisyen tersebut.

Menurut Mohd. Zaquan, dia sedia maklum penglibatannya itu akan menyebabkan dirinya terdedah dengan pelbagai gosip liar seperti yang dilalui selebriti tempatan.

“Ramai yang bertanya adakah saya sudah menjadi pelakon dan ada juga yang tanya adakah saya sudah tidak laku sebagai pemain bola sepak sehingga mahu menjadi pelakon?

“Di sini saya ingin menjelaskan bahawa ia tidak benar sama sekali dan kerjaya saya sebagai pemain bola sepak masih baik. Saya terima tawaran ini pun tidak memerlukan saya untuk berlakon.

“Jika sekadar berlakon untuk iklan, saya okey,” kata Mohd. Zaquan kepada mStar Online.

Tambahnya, dia juga kebetulan banyak mempelajari cara berlakon daripada isterinya, pelakon Ayu Raudah terutamanya ketika menjalani penggambaran iklan.

“Ayu banyak mengajar saya untuk memberikan ekspresi muka ketika berlakon iklan. Walaupun tiada dialog, tapi Ayu kata saya nampak garang.

“Setiap kali ada penggambaran memang saya akan bawa Ayu sekali kerana dia yang akan membantu saya,” kata Mohd. Zaquan.

Sejak menerima tawaran iklan, dia juga banyak menerima tawaran berlakon filem dan drama tetapi terpaksa menolaknya kerana dia merupakan seorang emalu dan ia memerlukan komitmen sangat tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelakonpemain bola sepakZaquan Adha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Macau Scam’: 25 Warga China, Taiwan Ditahan

Next Post

AKSEM Rampas Rokok Tak Sah Hampir RM170,000

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Next Post

AKSEM Rampas Rokok Tak Sah Hampir RM170,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd