• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Selamat Untuk Dikunjungi Pelancong

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Sabah selamat untuk dikunjungi pelancong antarabangsa.

Nazri berkata beliau sangat yakin dengan kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), sekali gus memberi keyakinan kepada pelancong luar negara untuk melawat ke Negeri Di Bawah Bayu ini.

“Tahap keselamatan pelancong antarabangsa ke Sabah terjamin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 1M Voluntourism ‘Plant A Tree’ di sini.

Menurut Nazri , sebelum ini pihaknya telah membawa duta negara China ke Malaysia melawat pantai timur Sabah dan reaksi yang diberikan mereka ialah negeri ini selamat untuk dilawati.

“Ini penjelasan mereka kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Nazri juga berkata kementeriannya akan mengatur pakej lawatan kepada duta-duta luar negara yang lain secara berperingkat dan dalam kumpulan kecil untuk datang sendiri ke Sabah meninjau keadaan sebenar di negeri ini.

“Saya sendiri akan ke luar negara untuk menjelaskan keadaan ini … saya jemput duta-duta mereka untuk datang untuk tengok sendiri,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang bersetuju dengan pandangan Nazri berkata, kesemua resort di pantai timur Sabah sentiasa penuh ditempah pelancong luar negara.

Katanya keadaan itu membuktikan keselamatan di negeri ini cukup terjamin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd