• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan PDRM Dibuat Secara Dalaman

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan rombakan besar-besaran secara dalaman namun tidak mengumumkan perinciannya bagi mengelak salah sangka masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau menyambut baik langkah-langkah yang dilakukan untuk membetulkan organisasi penguatkuasaan itu dari dalam.

“Kita lakukan rombakan ini secara dalaman dan akan dilakukan secara besar-besaran,” katanya kepada pemberita selepas program makan tengah hari dan solat Zuhur di Surau Kampung Orang Asli Bukit Dugang, di sini.

Pada 15 Mei lepas, PDRM mengumumkan bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan penangkapan 16 anggota termasuk pegawai kanan jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata beliau menghargai pemantauan dan penguatkuasaan agensi luar terhadap PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun publisiti berlebihan akan memberi persepsi amat negatif terhadap badan penguatkuasaan itu.
​​​​​​​
Beliau juga menyatakan komitmen kementerian dan PDRM untuk melakukan pembaharuan dan mendengar denyut nadi serta sungutan rakyat.

“Kita juga mengikuti dengan dekat komen-komen daripada netizen terhadap langkah-langkah yang diambil oleh PDRM.

“Beri kepercayaan kepada saya dan kepimpinan utama PDRM untuk melakukan sesuatu yang baik demi rakyat dan negara,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang turut hadir pada program itu berkata PDRM sedang mempertimbang untuk melaksanakan dasar pertukaran tiga tahun sekali bagi jawatan sensitif dengan lebih tegas.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak seseorang anggota dan pegawai berada di tempat sensitif terlalu lama.
​​​​​​​
“Kita sedang lihat sistem dalaman mengenai pertukaran selepas jangka masa tertentu. Kadangkala bukan kita tidak mahu tukar, tetapi banyak faktor yang kita mesti lihat, anak sekolah, kos pertukaran dan sebagainya,” katanya.

Mengenai penahanan pegawai dan anggota terbabit, beliau berkata PDRM telah dan sedang mengambil tindakan pembetulan untuk memastikan pegawai-pegawai di tempat sensitif dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi kepada mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd