• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM50 Juta Bagi Bina 12 Padang Bola Sepak Tiruan

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Kewangan (MOF) memperuntukkan RM50 juta bagi membina 12 padang bola sepak tiruan di seluruh negara sejak 2012.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata ia merupakan projek khas di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

“Setakat ini, sembilan padang tiruan telah disiapkan di Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam, Johor Bahru, Melaka, Kuantan, Alor Setar, Perlis dan Seremban.

“Tiga lagi padang tiruan masih dalam proses pembinaan membabitkan Kota Bharu, Labuan dan Pontian,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan padang bola sepak tiruan di Kompleks Sukan Padang Perdana di sini, hari ini.

Mohd Irwan Serigar berkata MOF melaksanakan projek tersebut secara berperingkat dan ia diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing untuk penyelenggaraan.

Beliau berkata setiap padang tiruan itu berkeluasan kira-kira 105 meter X 68 meter dan menepati piawaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan menggunakan teknologi Jerman yang mampu bertahan antara lapan hingga 10 tahun.

Katanya padang tiruan itu turut dilengkapi dengan kemudahan lampu limpah serta pagar dan boleh disewakan. – BERNAMA

Tags: MOFpadang bola sepak tiruan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tabung Khas Biayai Kos Saman Sarawak Report

Next Post

Penerbangan Carter Malindo Air Taipei-KK-Labuan Julai

Related Posts

MOF Sahkan Insiden Kematian Kakitangan Di Pejabat Perbendaharaan

MOF Sahkan Insiden Kematian Kakitangan Di Pejabat Perbendaharaan

05/03/2025
2

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengesahkan satu insiden kematian di Kompleks Kementerian Kewangan, hari ini. MOF berkata, keluarga waris sudah...

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi...

Next Post

Penerbangan Carter Malindo Air Taipei-KK-Labuan Julai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd