• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Raja Belanda Jadi Juruterbang Lebih 30 Tahun

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA segelintir daripada 17 juta rakyat Belanda tahu raja mereka mempunyai hobi menerbangkan pesawat komersial.

Menurut The Guardian, Raja Willem-Alexander sudah ‘bekerja’ sebagai pembantu juruterbang selama lebih 21 tahun.

Raja Willem-Alexander mendedahkan beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan Martinair dan kemudian berpindah ke syarikat KLM.

Sebagai raja, beliau hanya sempat memandu pesawat dua kali dalam sebulan.

Selain itu, beliau kini berlatih menerbangkan pesawat Boeing 737 selepas pesawat jenis Fokker 70 yang biasa diterbangkan sebelum ini akan dilupuskan.

Kata Raja Willem-Alexander, menjadi juruterbang hanyalah hobi sampingan sementara ‘melupakan’ tanggungjawabnya kepada istana.

“Anda ada pesawat, penumpang dan kru. Anda ada bertanggungjawab terhadap mereka. Saya tak boleh bawa masalah dari istana ketika terbang,” kata Raja Willem-Alexander kepada akhbar tempatan, De Telegraaf.

Kisah Raja Belanda Jadi Juruterbang Lebih 30 Tahun
Raja Willem-Alexander bersama Permaisuri Catharina-Amalia mengabadikan gambar diraja semasa di Austria, Februari lalu.

Tambah beliau, rakyat jelata tidak selalunya mengecam beliau ketika berjalan di lapangan terbang mengenakan uniform dan topi juruterbang.

“Sebelum insiden 11 September 2001, pintu kokpit pesawat sentiasa terbuka. Penumpang boleh datang jenguk kami dan ada kalanya mereka berjaya cam saya,” kata Raja Willem-Alexander.

Penumpang juga tidak kenal suara Raja Willem-Alexander ketika beliau membuat pengumuman melalui pembesar suara pesawat.

“Penumpang bukan dengar pengumuman pun,” katanya.

Menurut maklumat yang disediakan Istana Diraja Belanda, Raja Willem-Alxander mula menerbangkan pesawat sejak lebih 30 tahun lalu ketika masih bergelar pelajar.

Pada lewat 1980-an, minatnya terhadap pesawat membawanya ke Kenya.

Di sana beliau bekerja sebagai juruterbang sukarela untuk organisasi bantuan perubatan, Yayasan Pendidikan & Penyelidikan Perubatan Afika sebelum berkhidmat untuk Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya. – mStar Online

Tags: JuruterbangRaja Belanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah

Juruterbang Batik Air Tertidur Di Tengah Penerbangan

09/03/2024
0

SEORANG juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd