• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi, Wartawan Diminta Tampil Mohon Maaf Terbuka

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Program Malaysia Berselawat Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah menggesa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan seorang wartawan portal berita untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada beliau bagi membersihkan namanya susulan dakwaan dan laporan salah yang dikeluarkan kedua-dua individu itu.

Ini susulan dakwaan yang dikeluarkan Rafizi pada Selasa yang mendakwa Pengerusi Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara tidak langsung mengaitkan dirinya sebagai pengerusi yayasan tersebut.

Menjelaskan perkara itu, Syed Mehdhar menafikan pernah memegang jawatan sebagai pengerusi yayasan tersebut seperti yang didakwa oleh kedua-dua individu berkenaan.

“Saya hanya dilantik sebagai Pengerusi Program Malaysia Berselawat oleh pihak Yayasan Al-Abrar bagi tujuan mengendali, mengurus dan memastikan program berkenaan berjalan lancar di Stadium Bukit Jalil, pada 7 Dis 2013.

“Istilah pengerusi yayasan dan pengerusi program tersebut merupakan dua perkara yang jelas berbeza, pengerusi program dilantik oleh pihak penganjur iaitu Yayasan Al-Abrar yang bersifat sementara manakala pengerusi yayasan adalah suatu jawatan yang dipegang berdasarkan ketetapan yayasan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rentetan dakwaan tersebut, Syed Mehdhar berkata beliau dihubungi wartawan portal itu untuk mendapatkan penjelasan namun kenyataannya diputar belit dan ditular dengan laporan berita bertajuk ‘Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata Pengerusi Yayasan Al-Abrar’ pada Rabu lalu.

“Tajuk tersebut memberi gambaran secara langsung atau tidak langsung kepada umum bahawa saya selaku Pengerusi Yayasan Al-Abrar tidak tahu menahu mengenai akaun, sumber dan aspek pengurusan kewangan yayasan itu tetapi hakikatnya saya bukanlah pengerusi yayasan seperti dakwaan kedua-dua individu tersebut,” katanya.

Justeru Syed Mehdhar berkata Rafizi dan wartawan tersebut perlu memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama baik, maruah dan kredibilitinya yang tercalar akibat fitnah tersebut.

“Kedua-dua mereka perlu membuat semakan dan siasatan terperinci dengan mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sah di sisi undang-undang berhubung hal ehwal pendaftaran pertubuhan Yayasan Al-Abrar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa dakwaan dan tulisan terhadap saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Syed Mehdhar Syed AbdullahPKRRafizi RamliWartawan Portal Berita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kecekapan Kos Kekal Amalan Standard Petronas

Next Post

Kerjasama Anak-Hisbah Perangi Rasuah Felda Gimik

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Next Post

Kerjasama Anak-Hisbah Perangi Rasuah Felda Gimik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd