• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qatar Tawar Hotel Percuma Jika Singgah Di Doha

oleh
04/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Jika anda berhasrat melakukan transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di sini, apa kata anda menukar peluang itu untuk bermalam sehari di sebuah hotel pula?

Itulah yang ditawarkan oleh Qatar Airways kepada para penumpangnya. Syarikat penerbangan milik kerajaan Qatar itu kini menyediakan penginapan di hotel mewah dan visa transit, dengan kedua-duanya diberi secara percuma.

Promosi istimewa anjuran Discover Qatar itu dilancarkan pada Selasa, dengan kerjasama Penguasa Pelancongan Qatar (QTA) dalam usaha memasarkan negara Arab di Teluk Parsi tersebut sebagai destinasi pelancongan utama.

Menurut kenyataan Qatar Airways, setiap penumpangnya yang mahu melakukan persinggahan seketika di Doha akan diberikan penginapan satu malam secara percuma di mana-mana hotel bertaraf empat atau lima bintang.

Mereka yang ingin menginap tempoh lebih lama bagi malam kedua pula boleh membuat bayaran hanya 180 riyal Qatar (kira-kira RM216). Ia sekali gus bakal menyaingi populariti jirannya, Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Discover Qatar merupakan firma pengurusan destinasi yang baharu ditubuhkan oleh Qatar Airways. Operator udara itu diwujudkan pada 1993 lalu dan kini memiliki 192 buah pesawat yang terbang ke 151 destinasi seluruh dunia.

Tawaran itu juga adalah sebahagian daripada kempen lebih luas yang dipanggil sebagai +Qatar, bertujuan untuk menggalakkan penumpang transit melakukan persinggahan di negara kecil seluas 11,586 kilometer persegi itu.

Ketua eksekutif kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker yang juga bekas pengerusi QTA dalam pada itu berkata, jumlah kemasukan penumpang transit meningkat apabila visa transit dilancarkan kerajaan sejak November lalu.

Ia susulan kejatuhan jumlah pelawat asing yang merekodkan cuma 2.938 juta pada 2016 berbanding 2.941 juta sebelumnya dengan 62 peratus daripada pelancong luar berkenaan masuk ke Qatar menerusi jalan udara.

Untuk layak memanfaatkan tawaran ini, penumpang perlu menempah tiket penerbangan melalui laman Qatar Airways, menekan butang ‘multi-city‘ dan memilih hotel mereka sebaik menerima pengesahan bagi penerbangan.

Qatar setakat ini memiliki 117 buah hotel yang meliputi 23,000 bilik dengan kadar penginapan semasa mencatatkan hanya 62 peratus. Sebanyak 10 buah hotel baharu pula bakal dibuka yang menawarkan tambahan lagi 19,000 bilik.

Visa transit atas talian secara percuma pula ditawarkan kepada penumpang Qatar Airways yang berada dalam zon persinggahan di lapangan terbang antarabangsa antara lima sehingga 96 jam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dohaQatar Airways
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Qatar Airways Beri 10,000 Tiket Percuma Untuk ‘Frontliners’

12/05/2020
0

DOHA - Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd