• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putrajaya, UPM Pilihan Lokasi Stadium Ragbi Kekal

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dikenal pasti antara lokasi pembinaan sebuah stadium ragbi kekal bagi memastikan pemain negara mempunyai tempat latihan yang khusus sebelum menghadapi sesuatu kejohanan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian tapak bagi tujuan itu.

“Setelah kita buat pertimbangan dan rundingan dengan tuan punya tanah sama ada di UPM atau Perbadanan Putrajaya, maka bolehlah kita umumkan keputusan berkenaan iaitu dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis pengumuman Larian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini hari ini.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata KBS bercadang membina sebuah stadium ragbi kekal bagi menghargai kejayaan Malaysia menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asia di Bukit Kiara, tahun lepas.

Skuad negara ketika ini menjalani latihan sama ada di Padang UPM dan Padang Kelab Cobra di Petaling Jaya.

Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan pihaknya sedang mengadakan rundingan agar Akademi Ragbi Antarabangsa New Zealand (IRANZ) membuka cawangan di Malaysia selain mewujudkan kerjasama antara juara dunia, All Blacks dari New Zealand dan KRM.

“Banyak perkara yang kita sedang usahakan selain daripada isu stadium dan kita akan terus usahakan bersama KRM supaya segala perancangan yang saya kemukakan ini akan menjadi kenyataan terutamanya kerjasama dengan IRANZ,” jelas Khairy. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinragbi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd