• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

oleh AK-47
16/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMALAN berpuasa bukanlah suatu perkara yang asing di kalangan masyarakat beragama Islam.

Namun, hanya baru-baru ini sahaja ahli penyelidik dari Barat baharu menemui kebaikan dari segi kesihatan sekiranya seseorang itu berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

Walaupun kebanyakan pakar nutrisi Barat tidak bersetuju dengan amalan berpuasa yang dikatakan sebagai satu kaedah tidak sihat, namun satu kajian yang dilakukan oleh para saintis dari University of Southern California ini membuktikan sebaliknya.

Menurut saintis yang menjalankan penyelidikan tersebut, amalan berpuasa selama tiga hari dipercayai boleh memperbaiki sistem imunisasi terutamanya bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Dalam kajian itu juga menyebut dengan berpuasa juga, golongan warga emas boleh memperbaiki sistem ketahanan badan yang semakin menurun berikutan faktor usia.

Penyelidik mendapati dengan berpuasa ia dapat menambah sel darah putih dalam badan sekali gus dapat memperbaiki sistem ketahanan badan seseorang individu.

Menurut Profesor Sains Biologi dan Penuaan universiti tersebut, Prof Valter Longo, dengan berpuasa ia memberikan masa yang secukupnya untuk membentuk sel baharu yang mampu memperbaiki imunisasi badan.

“Berita gembiranya juga dengan berpuasa, ia dapat membuang terus sel-sel darah yang sudah rosak dan tua.

“Jika anda sistem sel badan anda rosak teruk akibat rawatan kemoterapi atau melalui proses penuaan, dengan berpuasa ia mampu mengembalikan sel baharu yang lebih baik untuk daya ketahanan badan,” kata Prof Valter.

Dalam kajian itu, saintis mendapati dengan berpuasa, ia boleh menurunkan enzim PKA; enzim yang mempercepatkan proses penuaan serta meningkatkan risiko penyakit kanser dan tumor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: baratkesihatanpuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

‘Bullet Train’ Nuklear China Ancam Barat

06/06/2022
0

BEIJING – Hasrat China yang mahu menggunakan kereta api berkelajuan tinggi bagi membawa peluru berpandu nuklear yang memuatkan seribu kepala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd