• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM ‘Seperti Retak Menunggu Belah’ – Nazri Aziz

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Desakan dalam kalangan anggota dan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai presiden membuktikan parti itu ‘seperti retak menunggu belah’.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata perkara itu bukan di luar jangkaan oleh kerana semasa berada di dalam UMNO, Muhyiddin diangkat memegang jawatan dalam parti hasil perjuangan anggota parti itu sendiri.

“Saya tak nampak bahawa PPBM ada masa depan, dia tunggu masa untuk mati kerana parti itu baru lahir dah dalam keadaan tenat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Komuniti Seni Budaya dan Program Kesukarelawan IM4U Puspanita kementerian itu di Dataran Kampung Laneh, Lubuk Merbau dekat sini hari ini.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar membuat desakan itu apabila sebahagian besar daripada 24 bahagian PPBM di Perak mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan parti yang berlaku di peringkat kebangsaan dan negeri.

Mengenai program komuniti seni budaya itu, Nazri berkata program itu membolehkan pegawai dari kementeriannya turun padang berinteraksi dengan masyarakat luar bandar untuk menggalakkan mereka mendekati seni budaya negara.

“Kita galakkan perkembangan seni dengan memberi bantuan kewangan dan peralatan serta latihan kepada kumpulan seni budaya supaya seni itu tidak hilang ditelan zaman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd