• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis N.Sembilan Anjur Karnival ‘1 Aman Week’

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Polis Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival ‘1 Aman Week’ bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang langkah-langkah baharu pencegahan jenayah berkonsepkan ceramah, pameran dan pertunjukan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata karnival tiga hari yang bermula 19 Mei ini akan diadakan di D’Street Mall, Kota Seriemas, dekat sini.

“Kami menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung akan hadir sepanjang karnival ini berlangsung.

“Kami memilih lokasi di Nilai untuk menganjurkan karnival ini kerana kawasan ini baru hendak membangun dan penting bagi kami untuk menyedarkan masyarakat sekitar tentang kepentingan keselamatan diri dan harta benda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin dan Ketua Perbandaran (Kota Seriemas, Nilai) PNB Development Sdn Bhd Saiful Ibrahim.

Jaafar berkata sepanjang karnival berlangsung, turut diadakan aktiviti memperluaskan penggunaan aplikasi Volunteer Smart Phone Patrol, inovasi baharu oleh pihak polis bertujuan memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan kepada polis.

“Karnival ini akan turut disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Selain itu, ada penampilan istimewa Upin Ipin, pertandingan mewarna kanak-kanak, jogathon dan persembahan artis tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Jaafar Mohd YusofKarnival '1 Aman Week'
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd