• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Terus Pantau Unsur Berkaitan Wanndy

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis kontinjen negeri Melaka akan terus melakukan pemantauan terhadap semua aktiviti dan perkara-perkara yang disyaki ada kaitan dengan Ketua Militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi atau kumpulan lain.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata sehingga kini, pihak polis mendapati tiada lagi unsur-unsur yang berkaitan dengan Muhammad Wanndy mahupun militan Daesh di negeri ini.

“Kita juga melakukan pemantauan secara berterusan di kampung kelahiran Ketua Militan Daesh Asia Tenggara itu di Masjid Tanah dan mendapati bahawa tiada aktiviti mencurigakan yang mempunyai kaitan dengannya atau kumpulan militan Daesh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengesahkan bahawa Muhammad Wanndy terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.

Abdul Jalil berkata Polis Kontinjen Melaka yakin bahawa sehingga kini Melaka bebas daripada kegiatan militan Daesh.

“Di Melaka, kegiatan yang berkaitan dengan militan Daesh adalah kurang dan boleh dikatakan tiada baik di Masjid Tanah mahupun di daerah-daerah lain kerana pihak polis sentiasa membuat pemantauan ketat berhubung perkara tersebut.

“Pihak polis juga mendapat kerjasama erat daripada masyarakat yang sentiasa menyalurkan maklumat bagi membolehkan polis menyelesaikan perkara tersebut dari peringkat awal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Jalil berkata dalam pelan pembangunan Pulau Besar, kerajaan negeri Melaka akan menyediakan kemudahan sebuah balai polis di pulau tersebut bersama dengan pembinaan masjid.

“Kita akan menempatkan sejumlah pegawai dan anggota polis secara tetap di Pulau Besar dan meminta agar pihak kerajaan negeri turut membina kediaman untuk kemudahan anggota yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya Balai Polis Pulau Besar nanti, pihak penguat kuasa dapat mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi menyokong usaha kerajaan negeri membawa pembangunan di pulau tersebut.

Bernama sebelum ini melaporkan penduduk dan peniaga di Pulau Besar meminta agar polis menempatkan sekurang-kurangnya pondok polis bagi menjamin keselamatan mereka dan pelancong yang datang ke Pulau Besar. – BERNAMA

Tags: DaeshWanndy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd