• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Lelaki Jual Senjata Kepada Daesh

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang penduduk tempatan daripada kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang disyaki terbabit dalam membekalkan senjata api kepada militan Daesh.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan undang-undang sedia ada di samping mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa negara jiran.

“Kita akan membuat siasatan secara menyeluruh dan tidak akan menyembunyikan sama ada mereka ini penduduk tempatan atau luar,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kelantan Ke-19 di sini, hari ini.

Din berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mengatakan terdapat seorang lelaki tempatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dan didakwa membekalkan senjata api.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun berasal dari Rantau Panjang itu sudah melarikan diri ke Thailand selepas beberapa serbuan dijalankan oleh polis di beberapa kawasan di negara ini.

Turut dilaporkan, sejak awal tahun ini, seramai enam individu berusia antara 24 hingga 41 tahun termasuk dua wanita ditahan di lima negeri berasingan iaitu Kelantan, Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang selepas disyaki terbabit mempunyai hubungan dengan militan Daesh.

Sementara itu, sebanyak 46 pegawai dan anggota kadet sekolah di negeri ini dipilih menyertai perkhemahan tersebut yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Mei ini di Ulu Kinta, Perak.

Pemilihan peserta terbabit telah dijalankan melalui pertandingan kawad, pertandingan jalan lasak, rentas halangan, ronda pandu arah dan pertandingan menembak M16.

Din berkata mereka yang terpilih itu adalah yang terbaik untuk meneruskan cabaran ke peringkat kebangsaan dan berharap mereka melakukan yang terbaik dalam semua acara yang dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: Daeshsenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Di Temerloh Meningkat Banding Semalam

Next Post

Banduan Menyamar Wanita, Kantoi Suara ‘Jantan’

Related Posts

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Next Post

Banduan Menyamar Wanita, Kantoi Suara 'Jantan'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd