• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pokok RM180,000 Tak Mati, Daun Je Gugur”

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAKWAAN menyatakan sebatang pokok benang sutera bernilai RM180,00 yang ditanam di Kuala Nerus, Terengganu telah mati seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan adalah tidak benar.

Sebaliknya, pokok yang dibeli dari Brazil itu hanya mengalami proses rutin keguguran daun berikutan perubahan iklim dan cuaca panas.

"Pokok RM180,000 Tak Mati, Daun Je Gugur"

Menurut Pengarah Sheby Global Nursery, Mohd. Nasir Md. Amin, pokok benang sutera atau nama saintifiknya ceiba speciosa itu masih hidup dan proses pengeluaran daun serta tunas pada ranting sudah bermula.

“Saya pegawai yang diberi tanggungjawab menjaga landskap di tapak projek pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus mengesahkan pokok itu sihat walaupun tidak berdaun.

“Sudah menjadi habitat asal semua jenis pokok termasuk pokok benang sutera melalui proses keguguran daun dalam tempoh lima bulan selepas ditanam.

“Ketika pokok dalam proses pengeluaran tunas dan pucuk daun pada rating, kakitangan projek landskap diminta menyiram air tiga kali seminggu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Terengganu menerusi Menteri Besar Datuk, Seri Ahmad Razif Abd. Rahman turut mengesahkan pokok benang sutera itu tidak mati.

Kos pembelian pokok ini dilaporkan disumbang oleh kontraktor utama projek pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus dan bukan datang daripada peruntukan awam.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan pokok yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus itu konon sudah mati kerana faktor cuaca, tanah dan baja.

Untuk rekod, pokok ini ditanam pada bulan Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pokokTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd