• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Dedah Pembangkang Tidak Berani Hapus GST

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan terus dimanipulasi pembangkang untuk perdaya rakyat demi memenangi pilihan raya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun katanya, pada hakikat pembangkang sendiri pun tidak berani menghapuskan GST kerana ia ​​ ​​​​telah terbukti satu sistem yang lebih sistematik dan diguna pakai lebih 140 negara di dunia.

“Pembangkang tahu GST menggantikan penurunan hasil minyak. Jadi apabila mereka membuat pusingan-U, untuk mengekalkan GST, penyokong mereka rasa terpedaya.

“Jadi mereka tergesa-gesa ingin menurunkan kadar 6 peratus ke 0 peratus. Tindakan ini tidak masuk akal kerana apa guna adanya sistem yang canggih ini kalau tiada cukai yang dikutip?” soalnya.

Najib mendedahkan perkara tersebut dalam catatan blog menerusi najibrazak.com hari ini yang bertajuk Ucapan Perdana Menteri Mengenai Pusingan-U Pembangkang Berkenaan GST.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pembangkang tidak berani menghapuskan terus sistem percukaian ini secara keseluruhan.

Perdana menteri berkata kecekapan GST telah meningkatkan perolehan dan membolehkan perkhidmatan awam diteruskan, selain ekonomi tidak ranap, akibat kejatuhan harga minyak.

Beliau berkata realitinya sejak tahun 2015, hasil tahunan negara jatuh sebanyak kira-kira RM40 bilion, berikutan kejatuhan harga minyak.

Jelasnya, tanpa jumlah ini dalam bajet tahunan, kerajaan tidak mampu membayar gaji penjawat awam, menyediakan sekolah, hospital baharu dan membiayai anggota keselamatan negara.

“Mujurlah sistem GST diperkenalkan, iaitu sistem yang menggantikan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) sedia ada.

“Dulu pun sebenarnya cukai ada, tetapi tidak didedahkan oleh sebilangan peniaga, membolehkan mereka menetapkan kadar sesuka hati, manakala sistem GST memaklumkan kepada pengguna dengan jelas kadar 6 peratus,” kata Najib.

Menurut beliau, baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang menyatakan bahawa mereka mahu menghapuskan GST.

“Percayalah pembangkang sebenarnya ingin memberhentikan separuh daripada penjawat awam, guru, doktor, anggota keselamatan, pembinaan sekolah, masjid, jalan raya, hospital, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan asas awam sekiranya mereka memerintah,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd