• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Duda, Anis Al-Idrus Bakal Diijab Kabul 7 Julai

oleh AK-47
24/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH gagal dengan beberapa siri percintaannya terdahulu, akhirnya pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya, Aiman Rafzan pada 7 Julai ini.

Majlis nikah pasangan ini dilaporkan akan berlangsung di  Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 8 malam.

Menurut Anis atau nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal, dia menerima lelaki duda anak satu itu dalam hidupnya kerana sikap Aiman yang matang.

“Walaupun kami baru berkawan tiga bulan, saya percaya Aiman adalah jodoh terbaik yang ditentukan Allah SWT untuk saya.

“Saya juga sudah bersedia bergelar ibu segera kepada anak lelaki Aiman yang kini berusia 10 tahun dan menerima kehadirannya dalam hidup kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Bercerita bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan bintang itu, Aiman, 35, yang bekerja sebagai pereka hiasan dalam mengakui Anis, 29, adalah cinta pandang pertamanya.

“Selain kecantikan Anis, saya juga tertarik dengan kelembutan dan keperibadiannya,” katanya.

Difahamkan pasangan ini telah pun bertunang pada 24 Mac lalu.

Terdahulu, Anis pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dua aktor iaitu Shahnaz Ahmad dan Raja Afiq. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anis Al-Idrus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Single Baru Anis Al-Idrus Ciptaan Hafiz Hamidun

08/11/2017
0

SELEPAS kes penceraiannya bersama dengan bekas isteri, Joy Revfa, kini Hafiz Hamidun lebih banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk...

Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus

30/07/2017
0

SUAMI kepada aktres Anis Al-Idrus, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim tidak meletakkan sebarang syarat tertentu untuk karier lakonan isterinya selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd