SEMPENA ulang tahun kedua kelahiran anak kedua Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton, pihak istana hari ini menerusi laman Instagram Kensington Royal berkongsikan gambar terbaharu Puteri Charlotte.
Gambar tersebut diambil Kate ketika mereka bercuti di istana persinggahan mereka di Norfolk, timur England, bulan lalu.
Charlotte dilahirkan pada 2 Mei 2015 di Hospital St. Mary, London.
Dalam foto itu, Charlotte atau nama sebenarnya, Charlotte Elizabeth Diana dilihat memakai kardigan rona kuning dengan klip rambut biru di rambutnya.
Dalam perkongsian itu, William dan Kate menyampaikan ucapan terima kasih di atas ucapan indah yang dikirimkan buat mereka sekeluarga.
Selain Charlotte, pasangan diraja ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Putera George Alexander Louis yang kini berusia empat tahun. – MYNEWSHUB.CC


