• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Perlu Bijak Buat Pilihan, Belian – Exco

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Pengguna perlu bijak membuat pilihan dan pembelian bagi mendapatkan barangan keperluan harian yang segar pada harga lebih berpatutan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, kenaikan harga mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor termasuklah permintaan yang tinggi atau masalah kekurangan bekalan.

“Namun terdapat banyak tempat yang menawarkan barangan segar pada harga jauh lebih murah dan dalam hal ini, pengguna perlu bijak berbelanja, beli apa yang perlu dan pilih lokasi yang tawarkan harga lebih berpatutan.

“Contohnya kedai-kedai di bawah FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) yang menawarkan harga 20 peratus lebih murah dari pasaran semasa,” katanya kepada pemberita di Kampung Bukit Murai, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan kenaikan harga barangan seperti ayam dan ikan serta beberapa jenis sayur-sayuran di awal Ramadan.

Terdahulu, Suraya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, turut mengagihkan 22 tong air berkapasiti 100 liter kepada 22 penerima di Kampung Bukit Murai, yang terjejas akibat gangguan bekalan air.

Suraya berkata, selain kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai, Pantai Merdeka dan Kuala Nerang, Dun Sungai Tiang juga antara kawasan yang mengalami masalah bekalan air yang kritikal.

“Menerusi program Barakah Ramadan, DUN Sungai Tiang mendapat 150 tong air dan akan diagihkan segera bagi membolehkan penduduk terjejas menggunakan tong terbabit bagi menakung air pada waktu malam untuk kegunaan harian,” katanya.

Tambahnya, bagi peringkat permulaan ini, keutamaan diberikan kepada rumah yang dihuni warga emas, ibu tunggal atau mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ramai.

Sementara itu, penduduk Kampung Bukit Murai, Rokiah Rozali, 53, berkata, sudah 22 tahun dia tinggal di situ dan masalah air semakin kritikal sejak dua tahun lepas.

“Saya terpaksa menggunakan air telaga dari rumah jiran lain untuk membasuh dan mandi, manakala air untuk minum dan memasak pula diperoleh dari rumah ibunya di Gajah Mati.

Bekalan air hanya ada pada pukul 2 atau 3 pagi, kalau terbangun sempatlah tadah, siang memang tiada bekalan langsung, tapi dengan adanya tong ini, mudahlah untuk kami takung air pada waktu malam untuk kegunaan siang hari,” katanya. – BERNAMA

Tags: pengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

11/09/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd