• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengantin Lelaki Ditahan Menipu Keluarga Pasangan

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACAM ni pun ada. Seorang pengantin perempuan telah menghubungi polis supaya menangkap suaminya selepas mendapat tahu sebahagian besar tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka merupakan orang asing yang diupah oleh suaminya.

Pengantin lelaki itu yang dikenali sebagai Wang telah mengupah 200 tetamu untuk menyamar sebagai saudara mara dan rakan-rakannya memandangkan keluarganya enggan merestui perkahwinan tersebut.

Ia menyebabkan isterinya, Liu yang kecewa dengan keadaan tersebut menghubungi polis bagi menahan suaminya pada majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah hotel tiga bintang di Shaanxi, China.

Perkara itu terbongkar apabila Liu gagal mengesan kehadiran keluarga mertuanya dan apabila ditanya kepada suaminya, lelaki itu memaklumkan keluarganya dalam perjalanan ke majlis terbabit.

Kakak Liu kemudiannya bertanya kepada tetamu yang hadir dan mereka yang terdiri daripada pelakon, pelajar universiti dan pemandu teksi mengaku menerima bayaran untuk menyamar sebagai tetamu.

Wang yang ditahan polis mengaku mengupah orang luar disebabkan keluarganya tidak suka Liu kerana wanita itu bukan berasal dari bandar yang sama.

Pasangan berkenaan telah berdating selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes tipupengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli, Butang Baju Lego

06/03/2019
0

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019. Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada perempuan atau lelaki sudah pasti akan...

Bercerai Beberapa Minit Selepas Diijab Kabul

06/02/2019
0

KUWAIT CITY - Sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai beberapa minit selepas diijab kabul. Insiden itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd