• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjuran Pesta Kaamatan Contoh Aplikasi NBOS

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Penganjuran perayaan Pesta Kaamatan merupakan satu daripada contoh aplikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang pelbagai jabatan dan agensi Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan dan swasta bekerjasama untuk menjayakan perayaan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerjasama itu memperlihatkan semangat rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang bersatu padu, muhibbah dan harmoni.

“Ia (kerjasama secara NBOS) juga selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Asas Perpaduan’.

“Oleh itu, marilah bersama kita menjaga dan mempertahankan keamanan, persahabatan dan kebersamaan sesama kita yang amat unik di negeri ini,” katanya ketika merasmikan penutupan Pesta Kaamatan peringkat bandar raya Kota Kinabalu di sini malam tadi.

Salleh juga berkata hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci utama dalam menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran agar negara berupaya mencapai wawasan dan matlamat yang telah ditetapkan.

“Oleh disebabkan itu, kerajaan sentiasa menitikberatkan agenda perpaduan kerana dengan bersatu hati, kita dapat membina sebuah negara yang aman, damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan, keamanan, politik yang stabil serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPesta Kaamatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasan Rouhani Kekal Presiden Iran

Next Post

84 Pengamal Media Sertai Kembara Media KDN

Related Posts

Polis Tahan Ahli Politik Didakwa Cabul Unduk Ngadau

03/06/2021
0

KOTA KINABALU - Seorang ahli politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis hari ini....

Aktiviti Ziarah Hanya Pada Hari Raya Pertama

13/05/2020
0

HANYA 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Kluster...

Next Post

84 Pengamal Media Sertai Kembara Media KDN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd