• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan & Peluang Pekerjaan Aspirasi Belia

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendidikan bertaraf antarabangsa dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merupakan aspirasi popular golongan belia semasa dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Parlimen Setiawangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang bertindak selaku moderator dialog itu, berkata aspirasi tersebut adalah antara lebih 30 aspirasi yang dikumpul daripada 500 belia termasuk kakitangan kerajaan, persatuan penduduk dan pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Setiawangsa.

“Belia di bandar ini mahukan silibus di peringkat universiti bertaraf antarabangsa seperti di Universiti Oxford dan seterusnya mampu mempersiapkan belia untuk memperoleh pekerjaan dengan mudah pada masa akan datang.

“Mereka juga mahukan pembiayaan pendidikan pada 2050 lebih mudah dan tidak membebankan pelajar untuk membayar semula pinjaman selepas tamat belajar,” katanya selepas dialong tersebut malam ini.

Mas Ermieyati berkata mereka juga mahu pendapatan dalam masa 30 tahun lagi meningkat secara drastik dengan waktu kerja yang fleksibel, sesuai bagi mengimbangi tekanan kerja pada waktu itu.

Selain itu, belia juga mengimpikan peluang memiliki kediaman dengan harga mampu dimiliki pada usia seawal 20 tahun bagi kesejahteraan hidup terutama yang sudah berkeluarga, katanya.

Dialog TN50 peringkat Setiawangsa itu turut dihadiri dua panel jemputan iaitu Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Selain dialog tersebut, aspirasi dan input mengenai TN50 daripada belia Setiawangsa turut dikumpul melalui saluran media sosial termasuk Facebook dan Instagram. – BERNAMA

Tags: PendidikanTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd