• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Sungai Tuang Dikhuatiri Jejas Pelancongan

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Pencemaran di Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini terutama di Sungai Tuang akibat kegiatan penternakan khinzir tidak mengikut peraturan dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi setempat terutamanya sektor pelancongan di kawasan itu sekiranya dibiarkan berterusan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata masalah pencemaran yang telah lama berlaku itu disifatkan amat serius dan perlu diberi perhatian serta diambil tindakan berkesan oleh pihak berkaitan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah berkata pihaknya tidak menentang penternakan khinzir di kawasan itu namun menegaskan penternak perlu mengikut peraturan yang ditentukan bagi memastikan tiada pihak terutamanya penduduk setempat akan terkesan akibat pencemaran tersebut.

“Kita tak nak nanti orang teraniaya (akibat pencemaran) hingga mengganggu keselesaan mereka…nanti siapa yang nak datang (melancong),” katanya kepada pemberita selepas merasmikam Program Semarak@Chenderah di sini yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam.

Program itu bertujuan menyemarakkan aktiviti sukan rakyat terutamanya permainan sukan tradisional untuk didedahkan kepada golongan sasar iaitu generasi muda masa kini sekali gus menjadikannya sebagai medium untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan gesaan pengusaha pusat peranginan di Masjid Tanah supaya kerajaan negeri menyelesaikan segera isu pencemaran itu yang didakwa mereka menjejaskan sektor pelancongan di kawasan tersebut.

Bernama semalam melaporkan Jabatan Veterinar Melaka akan mengusulkan kertas cadangan bersabit perlesenan ladang khinzir dalam usaha menyelaras aktiviti penternakan dan perlesenan serta pencemaran alam sekitar secara lebih efektif.

Mas Ermieyati berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencemaran tersebut merupakan penternakan yang tidak terkawal daripada penternak tidak bertanggungjawab dan sebagai anggota parlimen kawasan itu beliau bersedia memberi komitmen penuh bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Justeru, saya menyokong penuh tindakan kerajaan negeri untuk mewujudkan jawatankuasa bagi mengatasi permasalahan ini di samping akan menjalin kerjasama dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk mencari penyelesaian berhubung isu ini agar ada situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, beliau memberi amaran agensi pelancongan tidak berlesen bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil menawarkan pakej haji dan umrah.

“Saya menyeru kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan pakej haji dan umrah yang menawarkan harga yang murah kerana mereka yang ditipu bukan sahaja orang kampung malah golongan profesional yang bersikap mengambil jalan mudah tanpa menyemak maklumat yang diperoleh,” katanya.

Harga minimum pakej umrah ditetapkan Majlis Kawal Selia Umrah adalah RM4,900 bagi tempoh 12 hari 10 malam. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudinladang babi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Punggung Sebesar Kim K Diharam Sertai Miss Bumbum

Next Post

Saya Perlu Pertahankan Hak Saya – Harris Baba

Related Posts

Ladang Babi Pulau Pinang Lepas Sisa Ternakan Ke Sungai Kulim Diarah Tutup – JPV

Ladang Babi Pulau Pinang Lepas Sisa Ternakan Ke Sungai Kulim Diarah Tutup – JPV

18/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sudah mengarahkan penternak babi di perkampungan Sungai Lembu di sini, yang disyaki...

73 Ladang Babi Beroperasi Tanpa Lesen Di Seluruh Negara

73 Ladang Babi Beroperasi Tanpa Lesen Di Seluruh Negara

02/09/2023
0

Kuala Lumpur : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesan 73 ladang babi beroperasi tanpa lesen di seluruh negara dan dikenakan tindakan...

Next Post

Saya Perlu Pertahankan Hak Saya - Harris Baba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd