• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penalti Pengendali E-Hailing Langgar Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
27/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan penalti terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing atau pemandunya serta menyita kenderaan pemandu jika didapati melanggar undang-undang.

Kenyataan SPAD yang merujuk kepada dakwaan kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong, Ahad lalu itu menyebut bahawa walaupun kejadian itu diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPAD amat memandang serius perkara tersebut.

SPAD juga menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar segera.

“Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.

“Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan SPAD dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut mengucapkan syabas atas tindakan pantas PDRM dalam memberkas pemandu yang berusia 22 tahun berkenaan bagi siasatan lanjut dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Udara Di Brunei Ketiga Paling Bersih Di Dunia

Next Post

Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

Next Post

Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd